Sunday, September 25, 2011

TANDA-TANDA SEBELUM KITA MENINGGAL




Tanda 100 hari menjelang meninggal

Ini adalah tanda pertama dari ALLAH SWT kepada hambanya dan hanya akan di sedari oleh mereka yang dikehendaki. Walau bagaimanapun semua orang islam akan mendapat tanda ini hanya samada mereka menyedari atau tidak...
Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar, seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut hingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil, contoh nya seperti daging lembu yang baru saja disembelih di mana jika deperhatikan dengan teliti, kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar...
Tanda ini rasanya nikmat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik dihati bahawa mungkin ini adalah tanda mati, maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini...
Bagi  yang sedar dengan kehadiran tanda ini, maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau  ditinggalkan sesudah mati...

Tanda 40 hari

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar, bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas arash ALLAH SWT , maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mulai membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mulai mengikuti kita sepanjang masa...
Akan terjadi malaikat maut ini memperlihatkan wajahnya sekilas lalu jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika...
Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah yang akan dicabutnya...

Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan dimana orang sakit yang tidak makan,secara tiba-tiba ia berselera untuk makan...
Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri , jika tanda ini dapat dikesan makan berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita mengandungi banyak najis dan ini memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti...
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lari dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi...
Telinganya akan layu di mana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.Telapak kaki yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan...
Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar dimana kita akan merasakan satu denyutan disebelah belakang iaitu dikawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokkan  hainya...

Tanda akhir

Akan terjadi keadaan di mana kita akan merasakan sejuk di bahagian pusat dan rasa itu akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian Halkum...
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimat SYAHADAT dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada ALLAH SWT yang telan menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula...




p/s: SESUNGGUHNYA MENGINGATI MATI ITU ADALAH BIJAK
Renungkanlah wahai sahabat-sahabat.
Semuga kita mendapat taufik dan hidayah dari Allah di penghujung hayat kita.
Insyaallah...





DOA

“Wahai Tuhan Kami, anugerahkan kepada kami pasangan-pasangan dan zuriat keturanan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya,dan jadikanlah kami iman / ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa.
Ya Allah...
Jadikanlah pasangan kami...
Pembantu kamu dalam melakukan ketaatan kepadaMu...
Kekalkanlah kasih sayang kami hingga ke syurga Mu...
Tunjukilah kami jalan keluar...
Terhadap masalah-masalah yang kami hadapi...
Hanya padaMu tempat kami mengadu...
Engkau Maha Berkuasa membuka hati-hati menusia...
Jadikanlah anak-anak kami zuriat yang soleh...
Lembutkan hati-hati mereka...
Masukkanlah Nuur HidayahMu ke dalam hati mereka...
Ya Allah ,
Ampunilah dosa kami ke atas kelalaian kami dalam mendidik mereka mengenali Mu...
Jauhkanlah mereka daripada perngaruh-pengaruh...
Yang merosakkan akhlak dan aqidah mereka...
Jauhkanlah mereka daripada kawan-kawan jahat...
Kurniakanlah kami kekuatan untuk terus menasihati dan mendoakan mereka...
Jadikanlah mereka zuriat yang sentias menunaikan solat...
Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa ringan melakukan ketaatan kepadaMu...
Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa mendoakan kami ketika kami berada di dalam kubur...


anda suka?meyh la like..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...