Monday, August 6, 2012

KISAH SILAM ZAMAN BUDAK



Ini cerite sembilang atau sepuluh  tahun yang lepas.Cerita yang mengisarkan tentang diri ini dan kehidupan itu yang tak pernah sudah.Sampai masa,kisah hidup ini akan pergi jua.Pergi sehingga tak mungkin kembali lagi... 
 Semalam aku Off Day aku bawak adik bongsu aku pergi jalan-jalan kat kampung seberang aku teringat tempat mase aku lepas dahulu bersama waris-waris terdekat lah kata kan..Aku teringat lah blog aku nie yang dah lame tak update jadi hari ini masa kejar xde orang punya pasal aku bersyukur aku boleh meluangkan masa aku bersama blog aku nie...  



TEMPAT LEPAK "LONGKANG PETOK"           

                             Di sini lah aku lepak dulu aku panggil dekat sini "longkang petok"

Di longkang petok nie lah aku selalu lepak,ngail ikan,kacau orang,buat bising main ngecun bila raya nak datang...


LUMBA BASIKAL 


 Bila puasan duduk lepak di Longkang petok kami mula lah dengan berlumba basikal.Berlumba pusing taman beberapa pusingan siapa menang dapat nie nie nie.... HAHA!!! tapi kan bila dah terjatuh pasti sakit dan mula lah orang tue marah kan tapi seronok lah dapat mengalaman yang pahit.HAHA!!

TANGKAP BERUDU        


     aku panggil ia ikan budu dulu duk bele jugak lah kita nie yang tak tahu apa -apa.....
Dulu kecik-kecik korang jangan nak tipu aku yang bila korang nampak berudu je otomatik korang rasa teruja nak tangkap dan bela kan? ye la! berudu kan IKAN. lepas tu dalam longkang ada banyak ikan. siapa tak teruja. seronok gila menangguk di dalam longkang.bila dapat tangkap banyak berudu, balik rumah dengan muka bangga, umi,dapat tangkap ikan nak bela!. bila umi aku tengok itu berudu, bersungguh2dia suruh pergi buang balik. umi aku cakap nanti dah besar dia jadi katak! aku tak percaya dow. sampai hati umi aku kan.penat-penat aku tangkap dia suruh buang balik. aku ni degil so aku tetap bela letak dalam bekas. tunggu lah beberapa hari kemudian, muka hampa gila bila tengok ikan yang dibela berubah kepada ada kaki dah di belakang nak menjadi KATAK!

MAIN LAWAN GULI


                 kalau main guli pasti ada je yang gaduh tidak puas hati bila kalah dan main tipu....Dulu main lawan guli cara dia macam ini. buat satu bulatan di tanah. bulatan sederhana.setiap orang pertaruhkan guli masing-masing dan letak dalam bulatan tersebut.then aim dan attack guli. kalau guli terkeluar, itu kita punya.pemenang berdasarkan siapa dapat guli paling banyak. *boleh imagine tak?? 


BALING SELIPAR DAN TIN        

                                                                          lepor tin
                                                                         lepor lipar
suka sangat main lepor lipar atau lepor tin ni. kalau baling tin tak mencabar kot sebab senang nak susun. baling selipar best! mencabar gila. menggigil tangan nak berdirikan selipar tu sambil kena hati-hati dari kena . pergh.kalau kena selipar memang sakit kot.lagi2 kalau selipar yang digunakan tu jenis keras Asadi HAHA!!!. sabar je la.tapi yang kelakarnya bila dah habis main, carik balik selipar masing-masing ada yang hilang la masuk longkang lah.
                                                                                                                                                         MAIN PENUTUP BOTOL/ CEPER          

                                                                     main ciping
  Penutup ceper ni susah sikit nak mainnya. Rules dia je yang senang, ada lima ceper, tak kisah nak main berapa ramai pun. kalau nak dapat kan nie aku pun pergi lah mencari nya di kedai pok lang sebab ada jual air yang dalam botol kaca tu...

TE  DECHOK(bahasa teganu xtahu name game nie)     

                                      neting-neting nopat-nopat ambik lajuk lari laju nopak jauh

              Ada satu permainan ni. Selalunya budak perempuan yang main tapi budak lelaki pun main juga. Namanya aku panggil "te dechok " dalam bahasa treganu aku mana tahu apa orang luar panggil so kite panggil main neting-neting sudah la ye.... 
Seronoknya bila terkenang masa kecik-kecik kan semua mainan kampung nie banyak lagi tapi xsempat nak menaip so aku tulis list sudah lah kan xpayah nak menceritakan lah sangat yang atas tu dah banyak kan pandai-pandai lah imagine yer.... . .. . 


1.Gasing
2.Te Polis
3.Te Ngejor
4.Te Nusuk
5.Lompat Getah
6.Pistol Getah
7.Lastik / Bidas
8.Buat Pondok
9.Bedil Buluh 
10.Igap Ikan Kila 
*** "TE" dalam kate luar entry ok.....


  Okey sampai disini dahalu bahagian masa kecik-kecik nie baru permainan tak kuar lagi cerita kartoon masa kecik dahulu dan tak kuar lagi pasal makanan ringan kan dan aku mintak maaf aku tercampur bahasa ganung aku sebab aku orang terengganu tek nak wak guane kan HAHAHA!!!

anda suka?meyh la like..

Tuesday, December 13, 2011

3 level CINTA


cinta Halal…
cinta menengah… Atau
bahkan yang level hina…





1.....Cinta yang halal dan tertinggi jelas-jelas hanya untuk Allah dan Rosulnya, Kecintaan yang begitu mendalam dari seorang hamba terhadap Robb-nya akan menghasilkan sebuah energi yang sangat dahsyat Cinta tersebut akan menghasilkan jiwa-jiwa yang pantang menyerah dan rela berkorban.Allah dekat dengan hambanya yang senantiasa berusaha dekat dengannya. Cinta tersebut akan menimbulkan kesadaran dalam diri hambanya bahwa hidup ini hanyalah untuk mencintai dan memberikan cintanya kepada-Nya dengan bentuk ibadah.

2....Cinta yang level menengah adalah mencintai keluarga, saudara seiman, dan sesama makhluk hidup.
Ada seorang sahabat bertanya kepada Rosululloh SAW; “Siapakah orang yang harus aku hormati setelah Allah dan Engkau ya Rosul?” lalu Rosul menjawab “Ibumu” sampai tiga kali, lalu setelah itu Rosul menjawab “Ayahmu”. Dengan adanya hadits ini jelaslah bahwa berbakti kepada orang tua adalah suatu keharusan.

3....Cinta yang ketiga adalah cinta yang hina. hina dan rendah, karena cinta ini menyebabkan kita lupa akan Allah dan membuat kita melanggar aturan-aturan yang telah Allah tetapkan.Salah satunya adalah cinta kepada lawan jenis yang tidak tertahankan. kurangx penjagaan hijab yang tinggi, namun sekarang mengendur dan mencair bahkan bercampur dengan kelaliman

Sahabat fillah, Allah telah menjanjikan bahwa wanita yang baik akan mendapatkan lelaki yang baik pula, begitupun sebaiknya. Namun percayakah kita akan janji Allah tersebut? Sudah Khusnudzonkah kita kepada Allah? Tidak perlu dijawab dengan untaian kata-kata, tunjukkan dengan sikap dan perbuatanmu.
Wallohua’lam bishowab

Setiap Masalah Pasti Ada Jalan Keluarnya
Dalam Gelapnya Malam Kita Msh Bisa Melihat Indahnya Bintang

Semoga Bermanfaat...

anda suka?meyh la like..

Sunday, September 25, 2011

TANDA-TANDA SEBELUM KITA MENINGGAL




Tanda 100 hari menjelang meninggal

Ini adalah tanda pertama dari ALLAH SWT kepada hambanya dan hanya akan di sedari oleh mereka yang dikehendaki. Walau bagaimanapun semua orang islam akan mendapat tanda ini hanya samada mereka menyedari atau tidak...
Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar, seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut hingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil, contoh nya seperti daging lembu yang baru saja disembelih di mana jika deperhatikan dengan teliti, kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar...
Tanda ini rasanya nikmat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik dihati bahawa mungkin ini adalah tanda mati, maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini...
Bagi  yang sedar dengan kehadiran tanda ini, maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau  ditinggalkan sesudah mati...

Tanda 40 hari

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar, bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas arash ALLAH SWT , maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mulai membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mulai mengikuti kita sepanjang masa...
Akan terjadi malaikat maut ini memperlihatkan wajahnya sekilas lalu jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika...
Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah yang akan dicabutnya...

Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan dimana orang sakit yang tidak makan,secara tiba-tiba ia berselera untuk makan...
Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri , jika tanda ini dapat dikesan makan berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita mengandungi banyak najis dan ini memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti...
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lari dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi...
Telinganya akan layu di mana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.Telapak kaki yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan...
Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar dimana kita akan merasakan satu denyutan disebelah belakang iaitu dikawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokkan  hainya...

Tanda akhir

Akan terjadi keadaan di mana kita akan merasakan sejuk di bahagian pusat dan rasa itu akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian Halkum...
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimat SYAHADAT dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada ALLAH SWT yang telan menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula...




p/s: SESUNGGUHNYA MENGINGATI MATI ITU ADALAH BIJAK
Renungkanlah wahai sahabat-sahabat.
Semuga kita mendapat taufik dan hidayah dari Allah di penghujung hayat kita.
Insyaallah...





DOA

“Wahai Tuhan Kami, anugerahkan kepada kami pasangan-pasangan dan zuriat keturanan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya,dan jadikanlah kami iman / ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa.
Ya Allah...
Jadikanlah pasangan kami...
Pembantu kamu dalam melakukan ketaatan kepadaMu...
Kekalkanlah kasih sayang kami hingga ke syurga Mu...
Tunjukilah kami jalan keluar...
Terhadap masalah-masalah yang kami hadapi...
Hanya padaMu tempat kami mengadu...
Engkau Maha Berkuasa membuka hati-hati menusia...
Jadikanlah anak-anak kami zuriat yang soleh...
Lembutkan hati-hati mereka...
Masukkanlah Nuur HidayahMu ke dalam hati mereka...
Ya Allah ,
Ampunilah dosa kami ke atas kelalaian kami dalam mendidik mereka mengenali Mu...
Jauhkanlah mereka daripada perngaruh-pengaruh...
Yang merosakkan akhlak dan aqidah mereka...
Jauhkanlah mereka daripada kawan-kawan jahat...
Kurniakanlah kami kekuatan untuk terus menasihati dan mendoakan mereka...
Jadikanlah mereka zuriat yang sentias menunaikan solat...
Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa ringan melakukan ketaatan kepadaMu...
Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa mendoakan kami ketika kami berada di dalam kubur...


anda suka?meyh la like..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...