Saturday, August 27, 2011

Kad Raya TiNggal KenanGan

Tinggal beberapa hari lagi, kita akan menyambut hari lebaran. Insha Allah. Kali ini nak sentuh bab Kad Raya?








Kad Raya sinonim dengan situasi nak dekat hari raya.Posmen tak menang tangan nak hantar ke rumah-rumah. Pabila hari raya.Di dinding penuh kad raya yang telah dikirim oleh sahabat -sahabat kita. Indah dan meriah rasa hari raya itu.

Bak kata orang, kad raya sebagai ganti diri kita.Dulu kirim kad raya kat awek, kawan sekolah rendah/menengah/rakan sekerja.Ery pun ada menerima kad raya daripada kawan-kawan.

Namun kad raya rasa macam tinggal nostalgia sejak kehadiran facebook dan teknologi lebih baik. Kad raya tinggal tinggal sahaja? Mengapa perkara mesti di lupuskan oleh masyarakat melayu?
Aduhai.Ini nostalgia bro.. ^.^"

Hargai satu warisan yang masih boleh di guna pakai walaupun masa dan teknologi sudah maju. Namun ia masih berguna pakai lagi..


p/s: Sape-sapa tak mau hantar kad raya kat Ery ke? :P
anda suka?meyh la like..

Friday, August 19, 2011

HANYA BERKATA-KATA DARI MIMPI TIDUR!

Pada suatu hari awak dan saya naik bas tapi tak tahu la kite nak pergi kemana .Lepas tu awak dah sampai dekat destinasi awak dan awak nak turun tibe-tibe masa nak turun awak ambik henset saya .Saya terkejut saya turun dan kejar awak dan sampai masa nak melintas jalan pun saya tetap kejar awak.Tibe-tibe nak sampai seberang jalan sana masa tengah kejar mengejar kite terserempak  dengan tiga orang lelaki bersenjatakan parang.Awak terkejut entah kenapa awak bagi duit dekat saya.Saya berebut dengan lelaki tu nak ambik duit itu dan akhir nya saya berjaya  rampas duit yang awak bagi dekat saya itu.Ada seorang lelaki itu tolak awak sampai jatuh dan terus pengsan,seorang lelaki lagi itu letak parang  dekat kaki awak, Saya kejutkan awak sampai awak sedar .Awak mula sedar tetapi awak sudah tidak mengenali siapa saya lagi.Saya merayu dekat lelaki itu  supaya jangan tetak kaki awak,lelaki itu pun buang parang dia dan awak ambik parang itu nak gaduh dengan dia tetapi saya halang awak.Dalam keadaan awak masih dalam separuh sedar saya suruh awak melarikan diri daripada lelaki-lelaki tersebut untuk selamat kan diri awak.Awak lari tetapi agak slow je sebab awak dalam keadaan separuh sedar .Saya geram saya pun terus tarik tangan awak dan kita lari bersama-sama.Lelaki tadi terus mengejar kita .Saya bawa awak pergi ke surau dan orang dekat situ selamatkan kita daripada lelaki itu. 
~THE END~

anda suka?meyh la like..

Thursday, July 7, 2011

CIRI ORANG YANG SANGAT MENCINTAIMU ♥♥

Dalam kehidupan, kamu tidak sedar apa yang dilakukan oleh seseorang terhadap diri kamu merupakan satu petanda yang dia mencintai kamu. Dia tidak ingin kamu tahu secara terus daripada mulut dia tetapi dia menunjukkannya melalui perbuatan. Berikut merupakan yang dilakukan oleh seseorang yang menunjukkan bahawa dia mencintai kamu.

  • Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
  •  Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

  • Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

  • Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘G.moning’, ‘G.luck’, ‘G.nite’, ‘Jom makan ’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

  • Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.

  • Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

  • Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

  • Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

  • Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.

  • Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, dekat dihati?’

  • Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

  • Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

  • Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

  • Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu dan membacanya setiap malam sebelum dia tidur..

  • Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

  • Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.

  • Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu dan menasihat kan kamu  " Carilah orang yang lebih baik dari dia sekarang kerana ingin kamu sentiasa hidop bahagia dunia dan akhiratkerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

p/s: “Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut dan Hargailah dia sementara die masih ada dengan kamu… Kamu akan menyesal  seumur hidop jika melepas kan nya.. !!!!

anda suka?meyh la like..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...