Wednesday, June 8, 2011

Permainan Hati



Mempermainkan hati dan perasaan orang lain mungkin suatu kepuasan dalam diri orang yang tidak punya keyakinan diri. Tak usah berbangga kiranya kamu punya ramai kekasih kerana belum tentu kamu boleh menikmati kebahagian dan ketenangan hidup..

Hati.. tidak pernah minta dilukai. Tetapi perlu menerima bahawa alam cinta tidak akan menjadi matang tanpa kelukaan. Kelukaan itu memang pedih menusuk jiwa. Tetapi kelukaan itulah yang mengajar jiwa erti sebuah cinta. Tanpa kelukaan, cinta bagaikan tidak sempurna.

Bagiku, kelukaan itu amat perlu dalam hidupku. Tanpa kelukaan jiwaku tidak bergelora dan tidak kreatif. Kelukaan itulah yang menjadikan aku seorang perindu lara yang penyabar dan dewasa bersama dunia percintaan.

Tetapi... tidak semua orang biasa menghadapi kelukaan dengan tabah. Namun sebagai insan yang sudah terbiasa dengan kelukaan aku mudah menghadapinya dengan tenang kerana aku redha dengan apa yang ditakdirkan. Segalanya ku serahkan kepada Allah.

Setelah sabar menghadapi dugaan itu, akhirnya Tuhan kembalikan ketenangan. Rupanya kelukaan itu ada hikmahnya. Ia mendekatkan aku kepada Allah. Bila setiap kali aku mengadu dan memohon bantuannya.

Airmata ini lebih rela aku titiskan diatas tikar sejadah daripada ia ku titiskan ditempat lain.


p/s" Cinta adalah butiran mutiara didasar lautan. Indah dan mempersonakan.. Namun, adakalanya cinta itu umpama duri sembilu yang menyakitkan..."
Jangan lah Bercinta

anda suka?meyh la like..

Saturday, June 4, 2011

Hutang Pandai Nak Bayar Tak Pandai...(apa kejadah ni!!!)

Hari ni baru dapat update blog ni...nak tulis pasal sikap manusia zaman sekarang...tak tahu nak menilai dan menghargai orang lain..bukan nak mengunkit pasal member aku even best prend pun sanggup putus kawan because of hutang...Dah la orang nak tolong dia masa susah,,aku ni pun bodoh sering kali diperdayakan keran hutang...pun masih lagi menaruh kepercayaan dekat orang lain..
Masa nak kan simpati dari kita mereka mereka dan mereka selalunya buat baik dengan kita,layan kita dengan baik...rupa2nya baik tu semua ada makna..nak kan sesuatu daripada kita...aku pulak yang "bodoh" dan mudah percaya dan terkelu seribu bahasa dengan kata2 mereka2 ini..terus butakan mata,pekakkan telinga,terpedaya dengan mereka ni...Bagi la mereka pinjam duit cikit..cikit tak la jugak cukup untuk bayar rumah 2 bulan...masa nak kan sesuatu bukan main, manis mulut mengukir kata-kata..nak bayar cepat la...cukup bulan bayar la..macam2 lagi la MADAH PUJANGGA mereka ini...
Memang ni luahan marah hatiku yang amat sangat...kita buat baik dengan mereka semua without prejudice and then yang kita dapat "NOTHING"...bukan la mengharapkan pujian atau sanjungan dari mereka2 ini...cuma harapan aku la...'kalau orang buat baik kat kita tu,Kita sebagai human being ni pandai2 la menghargai kawan pulak'.Ni TAK lepas apa yang mereka kehendaki dapat....Batang hidung pun tak nampak...entah la apa nak cakap...mereka3 ni boleh dikatakan Best Prendz la.. Pun buat hal...tergamaknya mereka ni BUAT cam NI...
Dah nak masuk 1 abad pinjam pun tak reti2 nak bayar...Takkan nak tunggu aku mintak baru nak bayar..jenis aku memang tak suka la nak mintak2 agar orang bayar duit aku tu...tu pasal sedap diorang buat DEEEK jer...

p/s:Pada mereka yang berhutang tu ingat2 la 'Hutang Wajib Dibayar Walau pun Tak dituntut" ni bukan aku yang cakap Allah yang Berfirman..Sedaar la insaf la wahai umat yang berhutan.
AAAARRG TAK TAU DAH NAK BUAT CAMNER



anda suka?meyh la like..

Thursday, June 2, 2011

PERBEZAAN AWEK AKU DAN AWEK KAU.

Awek aku cantik awek kau  huduh.

Awek aku slim awek kau  montel.
Awek aku putih awek kau  hitam.
Awek aku tinggi awek kau  pendek.
Awek aku pandai awek kau  bodoh.





Tapikan aku xtahu nak cakap apa kepada kau...





Awek kau PENYAYANG , awek aku miang.
Awek kau LEMAH LEMBUT, awek aku garang.
Awek kau SOLEHAH ,awek aku kaki sembelih.
Awek kau JUJUR ,awek aku penipu.
Awek kau SETIA ,awek aku.


die dah tinggal kan aku, huhuhuhu..aku nak awek macam awek kau..
nak awek kau<--




Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasululluh s.a.w kerana baginda telah ditentukan maksum. Selebihnya tidak terkecualai daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit san bermacam-macam perkara lagi. 
Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat. Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik dan tanpa anda alam ini tidak sempurna.


p/s:Tiada antara saya dan awak.ini adalah hanya untuk mainan dan berkata sahaja dari ery sahaja..

anda suka?meyh la like..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...